Klik Sini!

Apr 4, 2015

Promo!Promo!eh April 2015

Assalammualaikum.......

Haiii semua orang...hikhik maap la yer aku skip dulu entry ke Hatyai. Hari ni nak kongsi cerita di bulan April yang hot sensasi, wahh dah macam melodi pulak yer, kihkih. Tapi yang penting bukan pasal GST yoo, korang pun mesti dah mabok dengar pasal GST sana sini kan. Dekat group whatsapp, fb, instagram, twitter, di dada akhbar dan di kaca tv. Okay2 kita stop pasal GST ni yer..

April 2015!! Wahhhh memacam betol la promo yang pihak SHAKLEE  bagi..Gila tak suka kan.. Jom la kita rebut peluang yang ada ni!

Wowwwww!

Tengok tuuuu sampai 6 jenis suplement weyy! Bebaloi takk??


Harga haruslah berbaloi2. Kesihatan pun terkawalkan.. ehmm meh kongsi beli dengan kawan2 opis,jiran2 rumah, adik beradiks, sedara mara ke kan.. Jimat tauuu.
 PM/WhatsApp 017.6249100 
Pape pertanyaan pasal SHAKLEE korang tekan je nombor tuuu....

Okayyy.. tataaaa.












Mar 27, 2015

TRIP KE HATYAI PART 1 (DAY 2)




Assalam.........

Yeayyyy akhirnya dapat jugak menyambung cerita trip ke  Hatyai bulan disember yang lepas. hukhuk.. Waaaa dah bebulan-bulan kot, sadis sungguh woi, habis bersawang blog sendu ni tau. Apa kan daya kebizian  yang melanda dan kerajinan hilang entah ke mana, hehehe .. Awal2 persekolahan kan,macam2 data nak kena buat oii, bertabah lah. Lagipun sekarang  kat rumah dah ada streamyx, lompat bintanggg okay itu tipuuuu, hahaha. Aku harap ingatan masa bercuti dekat Hatyai hari tu masih untuh dalam kepala ni yaww. Cerita hari kedua aku akan buat 2 part yer, karang kalau panjang berjela jemu pulak korang membaca.hheheh

30 November 2014 (Ahad)

Hari ni jadual pack gilosss, macam-macam tempat kita akan pergi.. Dalam pukul 6.45 pg masing-masing dah tunggu dekat lobi hotel, pagi ni kita akan bersarapan di Salma Restaurant! Kedai pun tak jauh dalam 10 minit je,so menapak la reramai menuju ke Salma Restaurant.

sampai dahhh



lihat laa!!

Tengok laaaa tuuu, betul-betul depan  sudut kedai kot dorg pacak kan tiang lampu isyarat ni. Unik pulak, tu yang cepat-cepat amik gambau dekat sini.


masing-masing tayang kupon sarapan pagi *le cousin+niece

Sarapan dekat sini dah termasuk dalam pakej sekali, makanan dia biasa jela ada nasi lemak, mee goreng dengan jemput-jemput janji kenyang sudah kan. Lepas je sarapan terus tunggu dekat luar, lepas ni aktiviti memborong sampai lebam dekat Pasar Pagi. Berderet-deret tuk-tuk menunggu, laju je diaorang ni panggil suruh naik tuk-tuk dia. 1 tuk-tuk muat la dalam 6 ke 7 orang, tambang pulakk dalam BHT 20 je. Aku suka gila bila naik tuk-tuk ni, open air sungguh, kemain terbang shawl yang ko pakai hehehe.

Perjalanan ke Pasar Pagi tu tak jauh mana pun, sekejap dah sampai. Ohh pasar pagi ni deret-deret kedai jugak rupanya. Dorang bagi masa memborong dekat sini sampai pukul 12.00 tghari tuuu. Shopping sampai lebam, hahaha.

nampak belakang tuk-tuk jer
macam-macam ada

Rambang jugak la mata ni, tengok mak beli kain batik dengan kain pasang dekat sini, sempat jugak la mintak  mak kain pasang kaler purple lagikk ohh fav kaler!!. Masa ni dah berpecah pun dengan sepupu dengan makcik-makcik aku, aku jalan dengan mak dan family Pakcik Senin. Nak membeli barang dekat kawasan sini mudah jer, ramai peniaga sini fasih berbahasa melayu dan inggeris sikit-sikit la. Nak tawar menawar pun senang, guna jek kakulater, letak harga yang korang nak pastu tengok la reaksi muka penjual tu okay ke tak heheh. Mudah jek janji pandai tawar menawar yer.

Hampir sejam lebih jalan-jalan dekat sini, barang-barang yang berkenan pun dah dapat apa lagi jom balik hotel, gituuu.hehehe. Kaki pun sudah lenguh marilah kita tahan tuk-tuk.

tepi2 jalan jek jual

Sampai je hotel terus lepak dekat lobi dulu, hilangkan penat berborong tadi. Pastu terus laaa on wifi, update la mana yang patot dulu.. Dalam setengah jam, baru la  nampak sepupu n makcik baru balik dari memborong, ada la geng melepak sekejap. Dah boring duduk dekat lobi terus naik ke bilik, simpan barang-barang sementara tunggu makan tengahari.

Bila semua orang dah balik, jam pun menunjukkan pukul 11.50tghari terus turun ke lobi. Hari ni kita makan lagi  tom yam yang sedap gila-gila tuuu.. Menaip ni pun dah terbayang-bayang kesedapan tom yam yang marbalesss tuuu..haa rinduuuu nyee.. Dari hotel ke Thai Malay Restoran ada la dalam 15 minit jugak, masa ni naik bas. Sampai je terus duduk tempat cam semalam, terus dia hidangkan makanan, kemain lagi mewangi betol nasi dia.


menu lunch hari ke 2


Lepas lunch terus siap-siap ke Masjid Songkla untuk solat zohor, bak kata Cik Nurani "tempat orang Malaysia kawin larikk"  hahahaah malu jer..hahaha. Masjid ni dah la besar pastu kawasan dia punya la luas, ada  2 tingkat rasa nya. Tingkat 1 tempat berwudhu sekali dengan tandas  n ada tempat bersolat, tingkat atas sekali tempat bersolat luas sangat-sangat. Dari tingkat atas ni lah pemandangan cantak woii,ada kolam lagik, tu yang boleh bergambar sakan heheh.

mak n maklong kemain lagikk




senget pulak.time ni snap dalam bas 
Okay,tempat seterusnya Pantai Samila, Songkhla!! Rajin pulak driver bus pusing-pusing bagi tengok naga yang terpisah. Terpisah??? A.ah ekor, badan, kepala semua lain-lain tempat, jauh pulak tuu.. Gambar ekor tak sempat nak amik.. Sampai je terus berlari cepat-cepat, diaorang bagi masa 5minit jew..

badan

api dah abis, keluar la air pulak..hikhik



macam2 warna kain ado
Masa ni cuaca memang panas terik, dah puas bergambar dengan naga jom la berlari-lari anak naik bas, sapa lambat kena tinggallll... Fuhh sejuk sikit bila econ berlalu-lau di pipi ni. Nexttt  ke Pantai Samila la kita. Eh eh macam dah banyak sangat bebelan ni,karang ada bosan pulak kan.. Korang-korang  tunggu yer next entry Part 2 nanti, mood makin rajin ni...

Tatatituuuuuu....



:: saya si rajinnn::


Jan 28, 2015

TRIP KE HATYAI (DAY 1)



Assalam...

Yuhuuuu.. Mood rajin is come backkkk :) iloikeeee... Fuhhhh macam2 nak cerita ni, moga2 ingat la semuanya. huhu..
Entry ni part by part yer.. trip ke Hatyai ni aku join akak sepupu, lagi2 beliau ni merangkap ketua rombongan, hehe.. Sebenarnya trip ni beliau buat untuk kawan2 opis je, tapi di sebabkan ramai pulak tak dapat join terus beliau meng"offer"kan  dekat aku. Trip ni ramai la sedara yang join termasuk la  mak aku, busu, maklong, acik, dan 2 orang sepupu aku Kak Chik n Quyah.  Akak sepupu pulak,  beliau hangkut 1 family dia.
 EHHhhh lupa nak bagi tahu trip ni pergi naik bas jer ada dalam 32 orang kot, aku lupe bape orang semuanyer. hihihi.. Patah oii pinggang hakak duk lelama dalam bas tuuu...
Layan jela dengan gambau2 di bawah dengan celoteh yang panjang lebau. jangan boringg yaww..

29 November 2014 (Sabtu)

Perjalanan kami bertolak hari jumaat dalam pukul 10.30 malam, berhenti dekat RNR pon dalam 3 kali tak silap.. Bila dah duduk lama2 dalam bas, keje nya tidur  bangun, bangun tidur jek.  Bila  sedar2 je dah sampai Masjid Jamek Seberang Jaya, terus bangun tunaikan solat subuh. berhenti dekat sini adalah dalam setengah jam.. Lepas tu berhenti di RnR yang terakhir lupa pulak dekat mana, untuk sarapan pagi. Masa tu baru pukul 8.20 pagi, kemain lagi berkabus macam dekat Cameron tau. Dah siap sarapan maka bergerak la meneruskan perjalan, aku memang tak sabar oii nak sampai dah rasa lama gila duduk dalam bas ni ha kematu montot iolls..

Dalam pukul 10.46 pagi maka sampailah kami di Kastam Bukit Kayu Hitam, Kedah. Turun dari bas dan beratur untuk cop pasport, orang bole tahan la ramai nye.

"elok je beraturkan sistematik lagi"



Perjalanan dari Kastam Bukit Kayu Hitam ke Kastam Thailand memakan masa hampir 1 jam jugak. Pulul 11.24 pagi selamat la kami masuk ke Kastam Danok Thailand. Masa ni aku rasa dah serabut  gila banyak  sikit  ,  dengan orang yang  berduyun2 , ntah mana tempat beratur pun takthu main ikut je orang depan beratur.

"masa ni dah berpeluh2 tiak + dengan macam2 bau lagi.haha+bunyik kenderaan yang lalu lalang lg.fengsann!" 

Tengok gambar je dah serabutkan, sian orang yang bawak anak kecik dengan warga emas. Berbeza sungguh dengan Malaysia, sistematik, orang beratur elok jer. Ni fengsan nak hadap bila dah ramai sangat orang, berpeluh toksah cakap la, lagi 1,pegawai kastam sana jangan harap la dia nak senyum2 dengan ko, mimpi jela.hahahah. Pergi balik muka masing2 ketat yang amat, gerun iolls..

Dah settle cop passport, terus berlari2 anak pergi dekat bas, jauh gila bas kitaorg park T__T nagissss, menapak le jejauh tuu. 

tourist guard kami, Cik Nurainee, orang Pattani fasih berbahasa melayu tau
 perjalaan dari Kastam Danok menuju ke Hatyai,yeayyyyyy !
**perhatikan wayar2 yang serabut tu.hahah serammm.

Okay perut sudak memainkan lagu rock n roll gituu. Masing2 sudah kelaparan, so Cik Nurain pun bawak kami semua pergi menjamu selera di Thai Malay Restoran Hatyai.

rinduuu oiii tomyam dia segala rasa cukop lengkap!sy bagi 5 bintang!halal lagikk!



Perghh tomyam dia memang terbaik weyy masam, lemak, pedas cukup lengkap! *gulp2* Ada jugak meleleh air liuq kang. hehehe. Semua sudah kekenyangan, maka marilah kita menyoping *ikut suka je sebut menyoping kan*
Bila masuk je kedai ni penuh betul dengan souvenir yang ada, nak jalan pun dah berlaga2 dengan orang. Dekat sini beli baju 12 helai  dapat free sehelai, harga sehelai lupa laaa sebab aku tak membeli ponggg..  Misi iolls mencari dan memilih key chain, fridge magnet, dapat la membeli sikit.

peace yaww!

tak hinggat plak kedai ni dekat mana




Lepas masing2 dah memborong kat kedai tu, mari la check in. Masa ni la baru terasa letih n tak selesa, yela hampir setengah hari oooiii tak mandi lagi ooppsss hahahaa, kantoii sudah.
Dalam pukul 3.15 petang  sampai la tempat penginapan 3 hari 2 malam  di The Regency Hotel

tu la hotel iolls menginap


lobby hotel *luas giler


Sampai je bilik terus la snap gambar, gigih iolls tau. Puas hati sangat2 bila tengok bilik dia, cukup lengkap.. Tapiiiiii mata melilau cari iron, penting tuu dah la bawak shawl yang jenis kena gosok okay! Tengok2 takde wey,apa lagi iolls direct la call room servise, ermmm iron memang diaorang tak sediakan nagisssss, kalau nak jugak ber iron kena cas tau! Aku rela pakai shawl yang komot beribu dari kena bayar i is redha.heheeh. nasib la badan nak oii..

bilik yang selesa, hampir lengkap.. siaran tv3 pun dapat tau. tapi sayang je iron tidak di sediakan!benci2


Nampak katil tu terus iolls baring, bagi hilang sengal2 badan ni,dapat baring sekejap jadilah ye idok.Tapi masa memang singkat, jap lagi dalam pukul 4.00 lebih kena siap2 nak pergi kedai barangan kulit dengan kedai jual pes tomyam n kacang gajus.
Masuk2 je kedai tu rasa so so je, harga kemain mahal lagi, kualiti pun biasa je tau sampai tak snap pun gambar dekat situ  membeli apa tah lagi kihkihkih..


wif cousin, dekat kedai barangan kulit




macam2 ada dekat kedai ni, sotong kering, seaweed, pes tomyam, kacang dlm tin, gajus ehh macam2 la






segala jajan dia ada

Selesai aktiviti borong memborong, so mari la kita pulang untuk aktiviti yang lain pulak. Dalam pukul 6.15 petang sampai  di hotel terus kami pakat2 nak jalan2 sekitar sini je, free aktiviti . Suasana jalan utama dekat sini terus sesak, gerai2 yang menjual pun banyak macam2 ada. Makan malam kena cari sendri tak termasuk pakej. Korang layan jela gambar kat bawah ni eh.

salah satu hotel yang ada dekat sini, besebelahan dengan mall



dekat 3 gerai jual benda yang sama pastu dekat2. besau udang n ayam dia tau

gemok2 udang dia.iolls tak beli pun

yeayyyy jumpa pun pulut manga  popular yang bloger2 ni dok sebut2






sian nyer,kecik2 kena cari duit sndri
Menu malam ni nasi lemak ayam dengan pulut manga. Korang wajib try tau, lagi2 teh ais dia,perghhh sedap tak terkata lain maciam rasa dia tau terbaik la! Makan pun kat gerai tepi jalan je, tapi orang ramai beratur servis pun cepat je nama gerai ni Hatyai Teh Tarik.
nasi dia mmg win la.beras wangi kan

rindu nk makan pulut manga!
Iolls sempat masuk Watsons  n Shopping Mall dekat sini.


teh o ais n teh ais *sedap2*


sempat menyinggah watsons sini

Jalan2 sudah, makan pun sudah jomm balik hotel. Nasib hotel sekangkang kera je takda la jenuh nak menapak. Sampai lobby, terus duduk lepak2 dekat sini sebab ada wifi laju lak tuu suka sangat2. Padahal masa tu baru pukul 9.00 lebih, tapi terasa dah macam pukul 10.00, 11.00 je.. Masa Thailand lewat sejam dengan Malaysia. Dah setengah jam ber wifi,  baru naik ke bilik. Masa ni baru terasa penat gila! Borak2 la sekejap dengan sepupu n anak buah pastu masing2 dah mengantuk. Masa tok tidur, esok kena bangun awal macam2 aktiviti ada. Pukul 7.00 pagi kena tunggu dekat lobby.

Fuuhhhhhhhhh. Legaaa dapat abiskan cerita hari pertama ni.Tunggu entry  hari ke 2 yer. Semoga iolls semangat dan rajin untuk entry hari ke 2 nanti yawww.

p/s : Pakej ni termasuk tambang bas,hotel, sarapan pagi dan makan tengahari, bayaran yang di kenakan RM350.00 .berbaloi kannnn!!!


See uools next entryy!byeeee!

Jan 12, 2015

KERAJINAN DI MANAKAH.....

Assalam..


Tajuk kemainkan.. Serius  kerajinan aku tahap 1.5/5 la nak berblog ni.. benda lain rajin okayy. hahah  Maka tergendala entry  ke Hatyai bulan lepas  tahun lepas.. Tungguuuu aku harap  aku lebih rajinnnnn yooo..


Ehhh. Harap tak terlambatkan nak cakap SELAMAT TAHUN BARU 2015 uolls!!!
Semangat baru! Azam mesti baru yo!! Laksanakan la apa yang tertangguh masa 2014 okay.. Aku lettew .whahahah.

kbaiiiii....

p/s fuuuuhhhhhhhhh.sila la rajinnnnn.


Dec 5, 2014

Ada Je Ni.......



Assalamualikum..........





Haiii engkorang lama i menyepikan hewhewhew.. Biasa la sibuk denagan kerja2 dekat opis ni haa,
pastu dengan tak sihatnye dengan, dengan pegi berjalan sakan lagi ehh, sakit2 pun berjalan2 jugak yer heheeh.. Selagi terdaya jalan ajer keje nyer kan,kan... Nanti aku citer part by part percutian aku dekat HATYAI yer.. Seronok tersangat2 la..rindu nye HATYAI TOWN!!!



p/s : tungguuuuuuu next entyy yooo!

Nov 21, 2014

GENAP SUDAH 2 TAHUN!!


Assalam...


Baru teringat nak buat entry ni, tanggal 19 November 2014  bersamaan hari Rabu semalam,genap 2 tahun aku keje dengan bidang sekarang ni. Huuii macam2 kerenah aku jumpa dari cikgu2, kakitangan hinggalah ke murid2. Masa dapat tawaran ni memang tak sangka sangat rezeki kan, sebab dalam masa yang sama aku  merancang nak tukar keja dari bidang ukur masa tu. Kalau di kenangkan tempat keje lama tu memang tension laa gamaknya.

Paling tak sangka boleh plak dapat tawaran Sekolah Jenis Kebangsaan Cina lak tuu.. huuu time tu dok pikir  nape la boleh dapat sini, okay ke tak sekolah cina ni..fuhhhhhh macam2 persoalan dalam kepala otak ni. Walaupun ni kali ke 3 aku bekerja  dengan kaum Cina tetap rase tetap lain tau.. pastu aku pikir n pujuk diri sendiri inshaAllah mesti okay kan, Kalau dulu hari2 aku doa supaya aku ada rezeki di tempat lain, sekarang Allah dah makbulkan doa aku,so terima dengan hati yang terbuka. Tak semua orang berpeluang macam aku, dah ada peluang gunakan sebaik2 yang mungkin.

 Lagi 1 aku sangat2 beruntung, kerana jarak tempat keja dengan rumah aku dekat sangat2. kalau naik motor dalam 5 minit camtu, gila tak huntong ko Alhamdullilah, Allah permudahkan semua urusan aku. Selama berkhidmat 2 tahun dekat sini memang best la, lagi2 dapat CC n PAP yang kepala giler2, memang boleh dikatakan gelak ajer keje nye, lagi2 diaorang ni kaki sakat punya orang. Cikgu2 dekat sini pun okay jugak lagi2 GPK1 boleh jadi geng gelak koo.. Senang cakap semua orang dekat sekolah ni semuanya baik2 belaka. Bila bercuti mesti ada je ole2 dorang bagi, key chain, FM, jajan2 la..
Keja aku bersangkut paut dengan sistem online, maklumat berkaitan data2 dan PSS pun aku pegang tau.. Kawan2 sume daerah aku ada kawan, dapat la sekepala kan memang syok la.. So far aku seronok laa dapat berkhidmat di SJKC CHIAO CHEE SELANDAR ni.. Amboiii  citer dah panjang lebaukan , mesti korang tertanya2 apa jawatan aku dekat sini kan2..ala aku ni makan gaji ceh ayat cam nak makan penampo pulak yerkk..hahaha Aku adalah seorang PT ajer...PT tu apa??emmm lu cari la sendiri, kuikuikui.. Cukup la eh cerita pasal kerja,tempat keja aku yang dah 2 tahun ni. Okay ni aku share kan gambar yang di ambil 2 minggu lepas berbajukan batik sekolah.weewittt



gambar kurang memuaskan sebab aku dpat dah siap2 nya*ni pun tak cukop lagi 3org
KAMILAH WARGA SJKC CHIAO CHEE cantik + kacak tak??heheh




okay daaaa.......next entryyy menyunsul....

nota kaki : kerja memang menimbun2 tuuuuu.pasrahhhh


farah sipepel


Nov 19, 2014

FIRST TIME!

Assalam...

Hai korang semua.. Okay semalam aku cuti rehat sebab nak pegi Jabatan Imigresen Malaysia Melaka. Gerak dari rumah pun lambat jugak, pukul 9.45pg kot baru gerak, itupun  pegi Jasin dahulu sebab nak amik gambar. Eh2 lupe pulak aku pegi dengan mak, anak buah si razin dan ofcoz adik aku tukang bawak kami pegi ke hulu ke hilir ni. Dah settle amik gambar maka geraklah ke Jabatan Imigresen Malaysia Melaka, tak jauh mana dekat area Ayer Keroh dah masuk dalam kereta barulah  aku belek2 gambar  tadi, sekali tengok, emm  amik ko! Bukan main lebau muka  wey..ish ish gambar mak pun sama hahahaha. Rasa kelakar pun ada, hilang kecomelan wajahku cehh. RM12 untuk 4 keping gambar.


Dalam pukul 10.45pg sampailah tempat yang dituju, hey3 lupa lak nak bagitahu, aku datang sini nak buat PASPORT.. Ni sedikit panduan aku share dengan korang semua. Sampai2 je terus ambil nombor, cakap kat kaunter luar tu ni kali pertama nak buat pasport n bagi ic siap2, dah dapat nombor terus masuk dalam duduk dekat ruangan menunggu. Bila dah masuk je tengok ramai jugak orang, tapi lepas tengok angka giliran 1045 no giliran sekarang 1042 rasa sekejap je tak ramai pun nak buat pasport time ni bestnyaaaa huntong rasa ala lagipon pergi hari bekerja kan.hehehe. Dah sampai giliran terus pegi dekat kaunter no 13 hulur ic, sempat pegawai tu cakap, "dik ic dah lama ni bila nak tukar ic baru", aku pun jawablah  "memang nak tukar, nanti saya tukar eh" haa ko terketar2 mau jawab yer hahaha.. Pastu pegawai tu tanya benda basic je dan korang nak buat untuk berapa tahun yang penting tinggi korang kena ingat ye. Aku buat 2 tahun RM100 je padahal tempoh dia tak sampai 2 tahun pun, dalam 1 tahun 5 bulan gitu..Pastu pegawai ni suruh duduk untuk amik gambar, dah la time tu aku pakai shawl so puaslah aku tarik2 shawl ni bagi kebelakang sikit untuk nampak muka kita dengan jelas. Eemmm maknanye gambar yang aku ambil tadi tu memang tak berguna langsung la jawabnye, hawau betul bazir  RM12 aku okayy..simpan buat pekasam la jawabnya hukhukhuk.

Dah settel part buat pasport, tunggu sekejap, dalam 5minit camtu pegi dekat kaunter pembayaran pulak nanti dia panggil sebut nama tau,so kena alert senantiase nye.. Lepas dah siap bayar ambil resit letak dekat kaunter untuk kita ambil pasport nanti, tak lama pun menunggu sebab ada orang tolong cepatkan  proses,hehehe TQ Abg Boy, senang hati aku n mak aku tak payah dok leleama kat sini..
Sempat beli cover plastik tu RM3 n aku terus tengok muka aku camne,makaiiiii kembang semangkuk weyyy, nagis tepi sudut kerusi dekat situ  hhehhe lantak laaa
Selesai sudah urusan membuat pasport ni.

Ringkasannya


  • sekarang ni tak perlu lagi nak p buat gambar bagai,jimat duit.jangan jadi cam aku yer,dah kerugian ni.hahahahah 
  • lau perempuan aku cadangkan korang pakai je tudung yang mudah cam tudung sarung tu je sebab senang nak tarik ke belakang bagi nampak muka korang yg cun tuuu..

pic tak full sebab2 tetentu.hahahah
nota kaki : tak sabar nak cuti2 ni..cepat la 28 nov!