Klik Sini!

Jan 28, 2015

TRIP KE HATYAI (DAY 1)



Assalam...

Yuhuuuu.. Mood rajin is come backkkk :) iloikeeee... Fuhhhh macam2 nak cerita ni, moga2 ingat la semuanya. huhu..
Entry ni part by part yer.. trip ke Hatyai ni aku join akak sepupu, lagi2 beliau ni merangkap ketua rombongan, hehe.. Sebenarnya trip ni beliau buat untuk kawan2 opis je, tapi di sebabkan ramai pulak tak dapat join terus beliau meng"offer"kan  dekat aku. Trip ni ramai la sedara yang join termasuk la  mak aku, busu, maklong, acik, dan 2 orang sepupu aku Kak Chik n Quyah.  Akak sepupu pulak,  beliau hangkut 1 family dia.
 EHHhhh lupa nak bagi tahu trip ni pergi naik bas jer ada dalam 32 orang kot, aku lupe bape orang semuanyer. hihihi.. Patah oii pinggang hakak duk lelama dalam bas tuuu...
Layan jela dengan gambau2 di bawah dengan celoteh yang panjang lebau. jangan boringg yaww..

29 November 2014 (Sabtu)

Perjalanan kami bertolak hari jumaat dalam pukul 10.30 malam, berhenti dekat RNR pon dalam 3 kali tak silap.. Bila dah duduk lama2 dalam bas, keje nya tidur  bangun, bangun tidur jek.  Bila  sedar2 je dah sampai Masjid Jamek Seberang Jaya, terus bangun tunaikan solat subuh. berhenti dekat sini adalah dalam setengah jam.. Lepas tu berhenti di RnR yang terakhir lupa pulak dekat mana, untuk sarapan pagi. Masa tu baru pukul 8.20 pagi, kemain lagi berkabus macam dekat Cameron tau. Dah siap sarapan maka bergerak la meneruskan perjalan, aku memang tak sabar oii nak sampai dah rasa lama gila duduk dalam bas ni ha kematu montot iolls..

Dalam pukul 10.46 pagi maka sampailah kami di Kastam Bukit Kayu Hitam, Kedah. Turun dari bas dan beratur untuk cop pasport, orang bole tahan la ramai nye.

"elok je beraturkan sistematik lagi"



Perjalanan dari Kastam Bukit Kayu Hitam ke Kastam Thailand memakan masa hampir 1 jam jugak. Pulul 11.24 pagi selamat la kami masuk ke Kastam Danok Thailand. Masa ni aku rasa dah serabut  gila banyak  sikit  ,  dengan orang yang  berduyun2 , ntah mana tempat beratur pun takthu main ikut je orang depan beratur.

"masa ni dah berpeluh2 tiak + dengan macam2 bau lagi.haha+bunyik kenderaan yang lalu lalang lg.fengsann!" 

Tengok gambar je dah serabutkan, sian orang yang bawak anak kecik dengan warga emas. Berbeza sungguh dengan Malaysia, sistematik, orang beratur elok jer. Ni fengsan nak hadap bila dah ramai sangat orang, berpeluh toksah cakap la, lagi 1,pegawai kastam sana jangan harap la dia nak senyum2 dengan ko, mimpi jela.hahahah. Pergi balik muka masing2 ketat yang amat, gerun iolls..

Dah settle cop passport, terus berlari2 anak pergi dekat bas, jauh gila bas kitaorg park T__T nagissss, menapak le jejauh tuu. 

tourist guard kami, Cik Nurainee, orang Pattani fasih berbahasa melayu tau
 perjalaan dari Kastam Danok menuju ke Hatyai,yeayyyyyy !
**perhatikan wayar2 yang serabut tu.hahah serammm.

Okay perut sudak memainkan lagu rock n roll gituu. Masing2 sudah kelaparan, so Cik Nurain pun bawak kami semua pergi menjamu selera di Thai Malay Restoran Hatyai.

rinduuu oiii tomyam dia segala rasa cukop lengkap!sy bagi 5 bintang!halal lagikk!



Perghh tomyam dia memang terbaik weyy masam, lemak, pedas cukup lengkap! *gulp2* Ada jugak meleleh air liuq kang. hehehe. Semua sudah kekenyangan, maka marilah kita menyoping *ikut suka je sebut menyoping kan*
Bila masuk je kedai ni penuh betul dengan souvenir yang ada, nak jalan pun dah berlaga2 dengan orang. Dekat sini beli baju 12 helai  dapat free sehelai, harga sehelai lupa laaa sebab aku tak membeli ponggg..  Misi iolls mencari dan memilih key chain, fridge magnet, dapat la membeli sikit.

peace yaww!

tak hinggat plak kedai ni dekat mana




Lepas masing2 dah memborong kat kedai tu, mari la check in. Masa ni la baru terasa letih n tak selesa, yela hampir setengah hari oooiii tak mandi lagi ooppsss hahahaa, kantoii sudah.
Dalam pukul 3.15 petang  sampai la tempat penginapan 3 hari 2 malam  di The Regency Hotel

tu la hotel iolls menginap


lobby hotel *luas giler


Sampai je bilik terus la snap gambar, gigih iolls tau. Puas hati sangat2 bila tengok bilik dia, cukup lengkap.. Tapiiiiii mata melilau cari iron, penting tuu dah la bawak shawl yang jenis kena gosok okay! Tengok2 takde wey,apa lagi iolls direct la call room servise, ermmm iron memang diaorang tak sediakan nagisssss, kalau nak jugak ber iron kena cas tau! Aku rela pakai shawl yang komot beribu dari kena bayar i is redha.heheeh. nasib la badan nak oii..

bilik yang selesa, hampir lengkap.. siaran tv3 pun dapat tau. tapi sayang je iron tidak di sediakan!benci2


Nampak katil tu terus iolls baring, bagi hilang sengal2 badan ni,dapat baring sekejap jadilah ye idok.Tapi masa memang singkat, jap lagi dalam pukul 4.00 lebih kena siap2 nak pergi kedai barangan kulit dengan kedai jual pes tomyam n kacang gajus.
Masuk2 je kedai tu rasa so so je, harga kemain mahal lagi, kualiti pun biasa je tau sampai tak snap pun gambar dekat situ  membeli apa tah lagi kihkihkih..


wif cousin, dekat kedai barangan kulit




macam2 ada dekat kedai ni, sotong kering, seaweed, pes tomyam, kacang dlm tin, gajus ehh macam2 la






segala jajan dia ada

Selesai aktiviti borong memborong, so mari la kita pulang untuk aktiviti yang lain pulak. Dalam pukul 6.15 petang sampai  di hotel terus kami pakat2 nak jalan2 sekitar sini je, free aktiviti . Suasana jalan utama dekat sini terus sesak, gerai2 yang menjual pun banyak macam2 ada. Makan malam kena cari sendri tak termasuk pakej. Korang layan jela gambar kat bawah ni eh.

salah satu hotel yang ada dekat sini, besebelahan dengan mall



dekat 3 gerai jual benda yang sama pastu dekat2. besau udang n ayam dia tau

gemok2 udang dia.iolls tak beli pun

yeayyyy jumpa pun pulut manga  popular yang bloger2 ni dok sebut2






sian nyer,kecik2 kena cari duit sndri
Menu malam ni nasi lemak ayam dengan pulut manga. Korang wajib try tau, lagi2 teh ais dia,perghhh sedap tak terkata lain maciam rasa dia tau terbaik la! Makan pun kat gerai tepi jalan je, tapi orang ramai beratur servis pun cepat je nama gerai ni Hatyai Teh Tarik.
nasi dia mmg win la.beras wangi kan

rindu nk makan pulut manga!
Iolls sempat masuk Watsons  n Shopping Mall dekat sini.


teh o ais n teh ais *sedap2*


sempat menyinggah watsons sini

Jalan2 sudah, makan pun sudah jomm balik hotel. Nasib hotel sekangkang kera je takda la jenuh nak menapak. Sampai lobby, terus duduk lepak2 dekat sini sebab ada wifi laju lak tuu suka sangat2. Padahal masa tu baru pukul 9.00 lebih, tapi terasa dah macam pukul 10.00, 11.00 je.. Masa Thailand lewat sejam dengan Malaysia. Dah setengah jam ber wifi,  baru naik ke bilik. Masa ni baru terasa penat gila! Borak2 la sekejap dengan sepupu n anak buah pastu masing2 dah mengantuk. Masa tok tidur, esok kena bangun awal macam2 aktiviti ada. Pukul 7.00 pagi kena tunggu dekat lobby.

Fuuhhhhhhhhh. Legaaa dapat abiskan cerita hari pertama ni.Tunggu entry  hari ke 2 yer. Semoga iolls semangat dan rajin untuk entry hari ke 2 nanti yawww.

p/s : Pakej ni termasuk tambang bas,hotel, sarapan pagi dan makan tengahari, bayaran yang di kenakan RM350.00 .berbaloi kannnn!!!


See uools next entryy!byeeee!

Jan 12, 2015

KERAJINAN DI MANAKAH.....

Assalam..


Tajuk kemainkan.. Serius  kerajinan aku tahap 1.5/5 la nak berblog ni.. benda lain rajin okayy. hahah  Maka tergendala entry  ke Hatyai bulan lepas  tahun lepas.. Tungguuuu aku harap  aku lebih rajinnnnn yooo..


Ehhh. Harap tak terlambatkan nak cakap SELAMAT TAHUN BARU 2015 uolls!!!
Semangat baru! Azam mesti baru yo!! Laksanakan la apa yang tertangguh masa 2014 okay.. Aku lettew .whahahah.

kbaiiiii....

p/s fuuuuhhhhhhhhh.sila la rajinnnnn.