Assalam.........
Yeayyyy akhirnya dapat jugak menyambung cerita trip ke Hatyai bulan disember yang lepas. hukhuk.. Waaaa dah bebulan-bulan kot, sadis sungguh woi, habis bersawang blog sendu ni tau. Apa kan daya kebizian yang melanda dan kerajinan hilang entah ke mana, hehehe .. Awal2 persekolahan kan,macam2 data nak kena buat oii, bertabah lah. Lagipun sekarang kat rumah dah ada streamyx, lompat bintanggg okay itu tipuuuu, hahaha. Aku harap ingatan masa bercuti dekat Hatyai hari tu masih untuh dalam kepala ni yaww. Cerita hari kedua aku akan buat 2 part yer, karang kalau panjang berjela jemu pulak korang membaca.hheheh
30 November 2014 (Ahad)
Hari ni jadual pack gilosss, macam-macam tempat kita akan pergi.. Dalam pukul 6.45 pg masing-masing dah tunggu dekat lobi hotel, pagi ni kita akan bersarapan di Salma Restaurant! Kedai pun tak jauh dalam 10 minit je,so menapak la reramai menuju ke Salma Restaurant.
 |
| sampai dahhh |
 |
| lihat laa!! |
Tengok laaaa tuuu, betul-betul depan sudut kedai kot dorg pacak kan tiang lampu isyarat ni. Unik pulak, tu yang cepat-cepat amik gambau dekat sini.
 |
| masing-masing tayang kupon sarapan pagi *le cousin+niece |
Sarapan dekat sini dah termasuk dalam pakej sekali, makanan dia biasa jela ada nasi lemak, mee goreng dengan jemput-jemput janji kenyang sudah kan. Lepas je sarapan terus tunggu dekat luar, lepas ni aktiviti memborong sampai lebam dekat Pasar Pagi. Berderet-deret tuk-tuk menunggu, laju je diaorang ni panggil suruh naik tuk-tuk dia. 1 tuk-tuk muat la dalam 6 ke 7 orang, tambang pulakk dalam BHT 20 je. Aku suka gila bila naik tuk-tuk ni, open air sungguh, kemain terbang shawl yang ko pakai hehehe.
Perjalanan ke Pasar Pagi tu tak jauh mana pun, sekejap dah sampai. Ohh pasar pagi ni deret-deret kedai jugak rupanya. Dorang bagi masa memborong dekat sini sampai pukul 12.00 tghari tuuu. Shopping sampai lebam, hahaha.
 |
| nampak belakang tuk-tuk jer |
 |
| macam-macam ada |
Rambang jugak la mata ni, tengok mak beli kain batik dengan kain pasang dekat sini, sempat jugak la mintak mak kain pasang kaler purple lagikk ohh fav kaler!!. Masa ni dah berpecah pun dengan sepupu dengan makcik-makcik aku, aku jalan dengan mak dan family Pakcik Senin. Nak membeli barang dekat kawasan sini mudah jer, ramai peniaga sini fasih berbahasa melayu dan inggeris sikit-sikit la. Nak tawar menawar pun senang, guna jek kakulater, letak harga yang korang nak pastu tengok la reaksi muka penjual tu okay ke tak heheh. Mudah jek janji pandai tawar menawar yer.
Hampir sejam lebih jalan-jalan dekat sini, barang-barang yang berkenan pun dah dapat apa lagi jom balik hotel, gituuu.hehehe. Kaki pun sudah lenguh marilah kita tahan tuk-tuk.
 |
tepi2 jalan jek jual
|
Sampai je hotel terus lepak dekat lobi dulu, hilangkan penat berborong tadi. Pastu terus laaa on wifi, update la mana yang patot dulu.. Dalam setengah jam, baru la nampak sepupu n makcik baru balik dari memborong, ada la geng melepak sekejap. Dah boring duduk dekat lobi terus naik ke bilik, simpan barang-barang sementara tunggu makan tengahari.
Bila semua orang dah balik, jam pun menunjukkan pukul 11.50tghari terus turun ke lobi. Hari ni kita makan lagi tom yam yang sedap gila-gila tuuu.. Menaip ni pun dah terbayang-bayang kesedapan tom yam yang marbalesss tuuu..haa rinduuuu nyee.. Dari hotel ke Thai Malay Restoran ada la dalam 15 minit jugak, masa ni naik bas. Sampai je terus duduk tempat cam semalam, terus dia hidangkan makanan, kemain lagi mewangi betol nasi dia.
 |
menu lunch hari ke 2
|
Lepas lunch terus siap-siap ke Masjid Songkla untuk solat zohor, bak kata Cik Nurani "tempat orang Malaysia kawin larikk" hahahaah malu jer..hahaha. Masjid ni dah la besar pastu kawasan dia punya la luas, ada 2 tingkat rasa nya. Tingkat 1 tempat berwudhu sekali dengan tandas n ada tempat bersolat, tingkat atas sekali tempat bersolat luas sangat-sangat. Dari tingkat atas ni lah pemandangan cantak woii,ada kolam lagik, tu yang boleh bergambar sakan heheh.
 |
| mak n maklong kemain lagikk |
 |
| senget pulak.time ni snap dalam bas |
Okay,tempat seterusnya Pantai Samila, Songkhla!! Rajin pulak driver bus pusing-pusing bagi tengok naga yang terpisah. Terpisah??? A.ah ekor, badan, kepala semua lain-lain tempat, jauh pulak tuu.. Gambar ekor tak sempat nak amik.. Sampai je terus berlari cepat-cepat, diaorang bagi masa 5minit jew..
 |
| badan |
 |
| api dah abis, keluar la air pulak..hikhik |
 |
| macam2 warna kain ado |
Masa ni cuaca memang panas terik, dah puas bergambar dengan naga jom la berlari-lari anak naik bas, sapa lambat kena tinggallll... Fuhh sejuk sikit bila econ berlalu-lau di pipi ni. Nexttt ke Pantai Samila la kita. Eh eh macam dah banyak sangat bebelan ni,karang ada bosan pulak kan.. Korang-korang tunggu yer next entry Part 2 nanti, mood makin rajin ni...
Tatatituuuuuu....
:: saya si rajinnn::